Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Hujan Januari, 2015

Posted by nota untuk Syiah on Thursday, January 08, 2015 , under | comments (1)



21 Rabi'ul Awwal, 1436 | 12 Januari, 2015
Tengah hari ini...ada mesyuarat kat Jalan Raja Laut. Cikgu Pa mengetuai mesyuarat tersebut. Ketika mesyuarat tengah berlangsung ada yang kirim gambar mesyuarat di Whatsapp. Lalu, ramai yang tanya status terkini.

"Apa kisah Alo sekarang?" abah bertanya dalam Whatsapp. Lalu saya kata, sekarang ada mesyuarat yang sedang berjalan di Jalan Raja Laut.

Malam ini, saya menuang catatan filem 'Mogok' (1957) dalam ruangan kolum saya. Habis-habisan pula saya sentuh persoalan penubuhan Tabung Mangsa Kekejaman Mustafa Ali di Facebook pada malam ini.

Hal ini terjadi pun, kerana sejak tengah hari tadi, termasuk semalam, soal tabung mangsa kekejaman Mustafa Ali ini asyik dibincangkan revolusioner dalam Whatsapp Politik Baharu sejak dua hari lalu.




Kekejaman dan kezaliman itu hadir di pihak warga parti kita sendiri. Yang ini, kita kurang ambil peduli. Dan jika kekejaman itu datang di pihak Umno, kita lawan sesungguh hati. Kenapa mesti ada perjuangan terpilih?

Perjuangan, kritikan, dan teguran yang bersifat terpilih ini menjadi masalah dalam masyarakat sekarang. Bila ada seorang gadis Melayu yang dipeluk oleh penyanyi Korea; K-Pop, maka dengan mudahnya tudingan jari kita mengena ke atasnya, lalu terlupalah kita mengenai siapakah yang bersalah sebenarnya.

Bagaimana dengan dosa-dosa Najib Razak yang memunggah khazanah rakyat untuk menjemput penyanyi K Pop dan Psy di Pulau Pinang dan di Putrajaya?

Sejumlah RM1.6 juta wang percukaian negara hangus bagi menaja konsert K-Pop sejak tiga tahun yang lalu. Najib Rosmah sudah menanam benih K-Pop dalam fikiran muda-mudi di negara kita.

Kini...umat sedang menuai tunas sesat K-Pop yang disuburkan dan dipupuk Najib Rosmah lama-lama dulu!

~~~~~~~

17 Rabi'ul Awwal, 1436 | 8 Januari, 2015 
Hari ini, ada sidang media di Madrasah Seni. Saya tidak pergi tapi, saya tetap menyokong perjuangan depa ini daripada jauh. Mujur la, ada video untuk mengikuti semula rakaman berhubung sidang media pada pagi ini

Malam ini, Arif cuba jawab isu Melayu sebagai pelarian, yang diangkat oleh Arul PSM. Maka, jawapan di pihak saya adalah seperti berikut... 

Parti terawal dan kerap gatal mulut menyebut bangsa lain sebagai pendatang adalah Umno. (hakikatnya, Umno tak lagi parti Melayu). 

Akibat marahkan Umno yang menggelar bangsa lain sebagai kaum pendatang, maka lahirlah anti tesis sebagai hujah perlawanan; spt Melayu pun pendatang, Melayu itu pelarian dan sebagainya. 

Jarang-jarang kita dengar parti-parti Melayu terawal; KMM (Kesatuan Melayu Muda) dan PKMM (Partai Kebangsaan Melayu Malaya) menyebut seruan ini sebaliknya KMM, PKMM banyak melawan imperialis, kaum pemodal asing yang lama bertapak di negara ini. 

Jelasnya, Melayu Kiri (KMM, PKMM) amatlah berbeza dengan Melayu Yahudi (Umno Apco) daripada segi seruan-seruan mereka ini. 

Ditinjau daripada kesan pengalaman yang lalu, KMM, PKMM banyak menggemakan seruan kemerdekaan, Merdeka dan smentara Hidup Melayu adalah seruan bangsawan, Umno British (kini...Umno Apco). 

Parti Melayu Kiri (KMM, PKMM) juga banyak mendengungkan seruan melawan imperialis-kapitalis, manakala slogan melawan kaum lain sebagai kaum pendatang terbit daripada Umno British, Umno Apco. 

Ganas (Gerakan Anti Najib Razak Se-Malaya) berharap, rakyat dapat membezakan Melayu dengan Umno. Tidak semua Melayu itu Umno, lantaran Kristian di benua Sabah pun boleh menjadi ahli Umno. 

Semoga Pas berfikir dua, tiga kali juga untuk mendakap erat penuh nikmat ketika hendak bersenggama dengan Umno yang tidak jelas Melayu dan Islamnya itu. Nilai negatif Umno...sudah meresap dalam Pas nampaknya dan ini menimbulkan keresahan ramai ahli parti. 

Menyekat kebebasan bersuara, pembalakan berleluasa sampaikan hilang daya menebat banjir di Kelantan, memecat lalu diberi pencen illat atas alasan tak munasabah adalah nilai jatidiri Umno jua adanya.  

Bincangkan... 

Disember Berdarah

Posted by nota untuk Syiah on Monday, December 15, 2014 , under | comments (0)




9 Rabi'ul Awwal, 1436 | 31 Disember, 2014

Hari ini, Alo ajak saya datang ke rumahnya. Sehari dua ini, di whatsapp, memang ada bualan yang agak kencang mengenai 'pemecatan' Alo.

Tetapi, saya tunda sebab hari Rabu itu hari melayang movie di pawagam. Fikiran saya banyak terarah ke arah peristiwa banjir besar di Kelantan.

Orang-orang...masih juga bising-bising dalam menghubungkan kesilapan ini dengan Umno. Sesetengah orang lain telah beranggapan bahawa Pas Kelantan yang mesti bertanggungjawab kerana menarah hutan di puncak pergunungan. Saya setuju dengan cakap-cakap ini, kerana memang jelas nampak gondol segala hutan.

Namun kerajaan Kelantan masih boleh membalas hujah kutukan itu dengan menyatakan bahawa punca hutan itu mesti ditebang adalah kerana kerajaan negeri tiada punca pendapatan setelah royalti minyak dinafikan.

Saya tak pasti sejauh mana cakap-cakap begini akan masuk dalam fikiran orang. Tapi, jika dapat dibuktikan bahawa penebangan balak itu memang melampaui daripada batas dan hadnya maka pasti kerajaan Kelantan akan menjadi bahan kutukan lagi selepas musim hujan ini.

Terbaik Dari Langit - The Making Of (TMO)


Rupa-rupanya filem Terbaik Dari Langit tu sudah 'sold-out' pada hari ini. Saya jadi sedikit kecewa. Memang ramai yang pulun mengejar filem yang murah ditayangkan pada hari ini.

Manisnya Cinta Di Cappadocia - Just Go! (Scene)


Akhirnya, saya jumpa Manisnya Cinta Di Cappadocia. Ingatkan membosankan. Ia sarat terisi dengan dialog lucu juga. Jadi, tak rasa ralat sangat. Penggambaran di benua Turk itu juga berhasil menampilkan sisi menarik di kebanyakan tempat di negara tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~

3 Rabi'ul Awwal, 1436 | 25 Disember, 2014
Hari krismas, terjumpa konferens antarabangsa bawah Kuis. Malam ini berbual dengan Taufek mengenai kemasukan saya semula dalam Harakah / H Daily. Sekarang, sudah ada penstrukturan semula.

Khabarnya, Taufek akan pegang 'print'. Dan,Alo akan pergi ke daily lepas ni. Mungkin akan pegang Unit Buku. Entahlah macam mana.

"Ana ingat enta tak berminat, dan suka jadi 'freelance'," kata Taufek kepada saya. "Tak pa, la ni enta buat surat, dan hantar cv, resume enta tu sekali."

Hari ini tersiar berita yang menggemparkan di The Washington Post. Najib Razak dan Obama sedang main golf di benua Hawaii. Ramai rakyat jadi marah-marah berhubung perkara ini.

Nama penulis itu David Nakamura. Dia sendiri baru menyedari darihal kemarahan ra'yat Malaysia ke atas insan yang bernama Najib Razak. Hal itu diluahkannya di twitter.

Saya mengucap Selamat Hari Natal kepadanya, lalu melepaskan rasa marah saya kepada Najib Razak di twitter beliau itu. Semoga kemarahan rakyat akan terhumban ke serata dunia nantinya.

Kakti, mak dan abah sudah selamat tiba di Dubai.

"Untuk 3 malam, RM1,300," kata Kakti, melalui whatsapp. "Di Burj Khalifa, ada wife percuma."

Ramee Guestline Hotel, demikian kata Kakti, bila menyebut nama hotel berkenaan. Terlupa pula nak tanya, adakah orang-orang Melayu yang kelihatan bekerja di sana?

~~~~~~~~~~~~~~

29 Safar, 1436 | 22 Disember, 2014
Malam. Petang ini, siang ini berlalu dengan percuma. Banyak kerja yang tidak terbereskan. Saya rasa sedikit kesal di hati.

Naik pejabat, Dapat selesaikan masalah Iphone di Rafiya. Rupanya, ia berpunca daripada masalah charger saya yang bermasalah. Maka, sudah lama juga saya tidak menggunakan Iphone tersebut.


Di pejabat, terjerembat dengan Arif. Dia ralit baca buku puisi saya ~ Balada Burhan Di Wajah Kota. Ada beberapa buah puisi saya yang telah dia baca dan telaah.

"Ini puisi mengenai ISA kan?" dia bertanya mengenai satu puisi yang saya lupa judulnya. Sejujurnya, rasa malu juga bila ada orang membaca sajak, puisi saya itu. Rasanya ada yang tak cantik bahasanya.

"Itu berkaitan akta drakonian," kata saya, "Bukannya khusus mengenai ISA sahaja."

Lalu, saya syarahkan soal ketakprihatinan para pemimpin Pas yang tidak jelas darihal akta drakonian ini. Ustaz Azizan pernah sokong Auku dan Nik Amar sebut, 'guna Akta Hasutan secara berhemah'.

"Macam mana perkataan revolusi ni boleh lepas?" tanya beliau lagi, sambil meneliti beberapa puisi.

Saya geleng-geleng kepala. Memang ada beberapa perkataan yang dibersihkan. Saya berteori hal kata puisi yang dibersihkan ini mungkin kerana ia terkait dengan Najib Razak dan Rosmah Mansor.

"Jadi, kata revolusi ini mungkin dianggap tidak berkaitan dengan Najib dan Rosmah agaknya?" kata saya. Saya terfikir juga...jangan-jangan, ada orang sokong perjuangan revolusi ini secara diam-diam?

~~~~~~~~~~~~~~

22 Safar, 1436 | 15 Disember, 2014 

Ada kebakaran pada jam 4:45 pagi ini. Rumah-rumah setinggan yang dihuni orang pendatang asing tanpa izin (PATI) terus terbakar. Kira-kira jam 5:30 pagi lebih kurang, barulah nampak marak api itu makin mereda. 

"Pukima! Bomba ni lambat betul kerjanya," kata orang-orang di Jalan Raja Alang merungut-rungut. Saat berada di Surabaya, tahun 2005, saya sebulan menemani abah untuk program pemutihan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Ketika itu, zaman-zaman pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. 

Maghrib ini, selepas pulang dari Shah Alam, ketika pekena nasi lemak ayam dan kopi tarik di Leeya Corner, saya dengar lagi pegawai-pegawai kerajaan bersembang kemaih pasai program pemutihan. 

Saya tahu benar, berapa ramai PATI di Warung Asmara dan Kalapo Mudo yang berlari-lari apabila DBKL adakan operasi. Tapi ini tidak selalu dilakukan kecuali pada suatu hari, isteri menteri terganggu dengan insan-insan PATI di pasar Chow Kitt. Jadi, laporan akan naik ke pengetahuan menteri dan orang-orang besar. 

Pabila ada aduan, maka baharulah operasi akan berjalan. Terkadang, terasa nak upah negro, Awang Hitam untuk merompak rumah Ku Nan dan menteri di Putrajaya. Hanya dengan cara itu... baru depa rasa ancaman orang asing yang berlambak-lambak memenuhi pasaran kerja kita pada hari ini. 

Jam 3 p.m, pergi Hotel Carlton di Seksyen 12, Shah Alam. Hujan petang ini amat lebat! Tersekat di Sunway dan hanya tiba di sana sekitar jam 4 lebih kurang untuk berbual-bual dengan Fazallah. 


Saya beri dia senaskhah Balada Burhan Di Wajah Kota. Dia kemudian, beri saya buku Haizir (Espionaj). Ini untuk ulasan buku. Saya tidak pasti sangat, siapakah yang boleh beri ulasan ke atas buku sajak saya itu. 

Ketika minum-minum petang, kami bualkan banyak hal juga. Masalah parti tentu sahaja menjadi keutamaan. Apa pun, saya terus rancangkan satu program yang idea namanya datang daripada Fazallah sendiri. 

"Apa kata, kalau dipilih nama DOS (Dunia Orang Seni)?" katanya. Saya diam sekadar mengangguk dan terus nyatakan persetujuan. Apa pun, semua itu bermula Januari. Dia juga meminta agar dibuat kertas kerja. 

Sarah Kay & Phil Kaye "When Love Arrives"

Alasan saya kenapa diperlukan rancangan bual bicara sastera semacam itu adalah ~~ kerana kritikan sastera seolah-olah sudah lumpuh hari ini. Pabila saya nyatakan hal ini, mujurlah Fazallah berkongsi rasa yang sama. 

Ada beberapa teori mengenai kenapa hal ini terjadi. Yang paling kuat adalah, apabila para pensyarah sastera disibukkan dengan penulisan jurnal-jurnal ISI demi memburu KPI depa. Jadi ini pun satu topik menarik jua.  

Di UM hari ini, sudah ada revolusi di hadapan ibu pejabat HEP. Baru HEP rasakan! Saya rasa, HEP sudah tidak relevan dan untuk itu, HEP di seluruh kampus universiti wajib dibubarkan. Mahasiswa dan pensyarah revolusioner perlu mengangkat wacana pembubaran HEP ini. Entah berapa ramai yang terfikir seperti ini? 

Kelly McGonigal: How to make stress your friend

Rahman Spider berbual dengan saya di sebuah chat. Khabarnya... dia masih bergiat dengan pelaburan emas real gold. Saya rasa...masa mungkin sudah tiba untuk isytiharkan berapa gram emas yang boleh diguna untuk membeli teh tarik dan roti canai pada hari ini. Untuk itu, mahasiswa Melayu mesti dihasut untuk ber'occupy'! 

Ya, occupy di tanah-tanah rizab Melayu untuk tuntut agar semua tanah rizab Melayu dipajak kepada pelajar Melayu untuk tujuan perladangan, penternakan dalam masa tertentu demi menjayakan sebuah revolusi suci! 

Ratapan November, 2014

Posted by nota untuk Syiah on Monday, November 03, 2014 , under | comments (0)



10 Muharram, 1436 | 3 November, 2014

Puasa 10 Muharram, tetapi saya buat dengan longgar saja. Kaifiatnya tidak penuh seperti yang dianjurkan oleh orang-orang agama dan orang-orang di masjid. 

Malam ini...naik pejabat, untuk habiskan 'deadline. Arif bertanya saya tentang JIP (Jerai International Park), sambil dia menyelak-nyelak lembaran Harakah lama. 

"Kau cuba tengok... tahun itu agaknya 1996?" kata saya. Seketika kemudian, dia mengangguk-angguk. Lalu, saya bercerita mengenai sejarah-sejarah lama. 

Pada tahun itu, Cikgu Azmi TERAS bersama-sama para penduduk kampung Kerpan melawan Osman Aroff yang terlibat dengan projek JIP itu. Memang ada kasino yang akan ditubuhkan di atas Gunung Jerai itu. 

Azizi Abdullah melalui novel Harga Sebuah Maruah telah mencatatkan kepahitan perjuangan penduduk desa berkenaan. Tanah sawah bendang mereka dirampas untuk melaksanakan projek ternakan udang harimau. 








Tragedi Oktober

Posted by nota untuk Syiah on Sunday, October 05, 2014 , under | comments (1)



6 Muharram, 1436 | 30 Oktober, 2014

Pagi dinihari, 'tadarus' Buffy the Vampire Slayer. Saya belum temui, apa-apa yang menarik mengenainya. 

http://putlocker.is/watch-buffy-the-vampire-slayer-online-free-putlocker.html

http://www.youtube.com/watch?v=fN9pabvmnBs

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5 Muharram, 1436 | 29 Oktober, 2014

Saya menelaah pidato Anwar Ibrahim. Saya terjumpa buku yang disebut lewat ucapannya ~~ Excellence Without a Soul: Does Liberal Education Have a Future? (Harry Lewis). Ia bagus ditelaah pada era-era revolusi!

Baguslah juga bila siswa itu mengacah Anwar Ibrahim agar terus pidato di dalam DTC, semalam. Sekurang-kurangnya, saya dapat berkenalan dengan buku Harry Lewis itu. 

Di dalam Amazon.com, ada ulasan buku seperti berikut:- 

"America's great research universities are the envy of the world and none more so than Harvard. Never before has the competition for excellence been fiercer. But while striving to be unsurpassed in the quality of its faculty and students, Universities have forgotten that the fundamental purpose of undergraduate education is to turn young people into adults who will take responsibility for society. 

"In Excellence Without a Soul, Harry Lewis, a Harvard professor for more than thirty years and Dean of Harvard College for eight, draws from his experience to explain how our great universities have abandoned their mission. Harvard is unique; it is the richest, oldest, most powerful university in America, and so it has set many standards, for better or worse. 

"Lewis evaluates the failures of this grand institution from the hot button issue of grade inflation to the recent controversy over Harvard's handling of date rape cases and makes an impassioned argument for change. The loss of purpose in America's great colleges is not inconsequential. Harvard, Yale, Stanford; these places drive American education, on which so much of our future depends. It is time to ask whether they are doing the job we want them to do." 

Saya akan cuba telaah dan teliti lagi isi kandungan buku ini insya-Allah Ta'ala selepas ini... 

Malam ini, terjumpa temu bual bersama Bellamy Young (Scandal, TV2). Beliau rupa-rupanya masih 'single'. Dalam wawancara itu, beliau kelihatan sedikit gedik. Biasalah tu... 



Namun...yang paling menarik adalah - apabila hadir satu dialog yang meminta Bellamy selaku First Lady agar tidak menonjol dirinya di depan wartawan dan pengamal media. Ketua Turus Rumah Putih menasihatkan... 

"Jangan bercakap di depan wartawan tentang masalah pendidikan dan masalah kemiskinan," begitu tegas pesanan wasiat Ketua Turus Rumah Putih di benua Washington D. C. itu kepada Wanita Pertama. 

Hello! Madrasah 'Permata' Kak Rose kita macam mana pula halnya? 

Malam. Tidak hadir ke Halaqah Telawi walaupun awalnya bercadang hendak ke benua Bangsar. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4 Muharram, 1436 | 28 Oktober, 2014

Anwar di Putrajaya pagi ini. Sementara itu, rumah Makcik Wahidah mula robohkan dengan jentolak dengan kejamnya. Mereka ambil kesempatan pabila wartawan, umat dan rakyat disibukkan lagi dengan isu Anwar. 

Malam. Terima laporan Arif, bahawa pertuduhan kes itu akan ditunda. 

"Kata pemimpin Pas, Anwar tidak akan dipenjarakan," berkata Arif. Sejauh mana kebenaran kata-kata pimpinan parti itu, saya belum tahu lagi. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

10 Zulhijjah, 1435 | 5 Oktober, 2014

Hari raya Aidil Adha. Tiba-tiba, saya terkenang kisah penindasan...

Ada satu kisah pedih di jiwa. Ia cerita sedih yang belum mahu luput daripada ingatan. Kisah seorang budak perempuan yang gempal. 

Dia bunuh dirinya sendiri... lantaran tak tertahan hatinya mendengar ejekan teman-teman berhubung kecacatan tubuhnya yang gempal. 

Yang terkini, kisah yang memilukan terkait dengan seorang pelajar miskin. Kotak penselnya disorok di tempat tinggi oleh teman persekolahannya. Dia terpaksa bersusah payah untuk mengambilnya. 

Kemudian... dia terjatuh lalu menemui ajalnya dengan tangannya masih tergenggam erat kotak pensel tersebut. Dia adalah pelajar miskin yang setiap hari dibelanja makan oleh gurunya di kantin sekolah. 

Penderitaannya ditamatkan oleh penindasan orang-orang di sekelilingnya! 

Di India, tidak lama dahulu, seorang gadis diperkosa lalu ibunya meluru keluar lalu memukul-mukul anak gadisnya yang telah lemah tak berdaya akibat pemerkosaan oleh kapitalis kampung itu. 

Sambil memukul-mukul anak gadisnya yang tidak bersalah itu ibu tua yang tidak berdaya itu berkata, "Kenapa kau dilahirkan ke dunia ini...lebih baik kamu mati sahaja..." kata ibu malang itu dalam esak-esak tangisnya yang entah bila akan berhenti. 


Di benua Amerika Syarikat, pelakon Ben Affleck itu ditindas dan ditindih pendapatnya dek gabungan ahli-ahli pemikir, pengamal media yang tak bertanggungjawab tatkala menyelar Islam dan Muslimin. 

Ini semua gegara pergerakan ISIS, IS yang Barat sendiri ciptakan, bertujuan mengeruhkan kejernihan wajah-wajah Islam yang asalnya bersih daripada kotoran noda-noda dan dosa manusia. 




Hari ini...kita berhadapan dengan kumpulan insan Umno Apco yang menceroboh daerah kehormatan perempuan yang tak sehaluan dengan cita-cita dan 'perjuangan' (jika perjuangan masih ada) mereka.

Apa pun, teruskanlah perjuangan. Dan, menyalalah terus dengan sinaran garang api perjuangan kaum wanita... 

Gelora September

Posted by nota untuk Syiah on Monday, September 08, 2014 , under | comments (0)



5 Zulhijjah, 1435 | 30 September, 2014

Jam 10:45 pagi Safwan Anang kirim bantahan dan memorandum di hadapan Ibu Pejabat Agung Pas. Ramai orang yang menyorakinya.

Hari ini Alo sms meminta saya hadir ke pejabat. Saya tahu, ada nasi Arab. Tapi sms itu kedengaran agak ganjil jua. Ia tak seperti biasa.

"Datang ke pejabat," kata Alo. "Ada perkara urgent!"

Rupa-rupanya ada sepucuk surat berpuaka daripada Cikgu Pa. Tiemje dipecat! Dan, menurut isi surat, esok adalah hari terakhir dia bekerja. Esok dia sudah tidak bekerja lagi. Begitu nasib kita, apabila kita berjuang sesungguh hati melawan tirani yang wujud dalam kalangan ahli-ahli parti sendiri.

Dark Prince: The True Story Of Dracula - 2000 • Full Movie

Malam ni tonton filem Dracula yang sebenarnya. Dia sebetulnya yang melawan kekuasaan Muslim di Turki. Akhirnya saya temui filem Dracula yang saya sudah tonton lama-lama dahulu. Agak menarik!


Jarak tadbiran Vlad Dracula ini adalah ketika awal-awal pembukaan Melaka dan Turki Uthmaniyyah. Jadi, Dracula muncul seiring dengan era kemunculan Melaka yang juga sezaman dengan pembukaan kota Constantinople. Dracula adalah manusia sebenarnya dan ia bukannya mewakili bangsa Jin.


Saya fikir, Dracula itulah anti-Christ, sama seperti Dajjal yang juga anti-Christ pada akhir zaman ini.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

30 Zulkaedah, 1435 | 25 September, 2014

Sudah berjaya mendapatkan semula BlackBerry yang rosak di Plaza Berjaya. Saya berasa sungguh lega dan lapang dada!

Malam ini menukang bahan mengenai Lu Hsun, seseorang yang SN Usman Awang amat suka menyebutnya. Saya temukan nama beliau dalam buku yang diterbitkan DBP. Pengarangnya Zurinah Hassan.

Dengan ini, Usman sering mengingatkan penulis-penulis akan kata-kata pujangga terkenal Lu Hsun, "Sastera yang baik adalah propaganda, tapi propaganda belum tentu sastera." ~ dipetik daripada buku karangan Dr Zurinah Hassan.

Saya temui Esperanto dalam halaman Wikipedia yang mencatitkan riwayat hidup perjalanan Lu Hsun itu. Di sana, saya temui pengaruh Esperato yang wujud di dalam filem lakonan Charlie Chaplin itu.


Esok malam akan mula bergerak ke benua Kelantan untuk membincangkan revolusi di benua Patani. Saya tinjau telaah beberapa bacaan mengenai revolusi. Entahlah, apakah revolusi akan bisa terjadi?

Malam ini, terdengar berita perkhabaran bahawa Pengkalan Kubor dimenangi oleh Umno-BN. Di fb, Alo mencatat pendapat Dr Agus pada 20 September lalu darihal ramalan sanya BN akan menang itu.

Kata pensyarah politik berkenaan ~ kurang lebih ~ BN menang tidak kerana kekuatan BN dan jentera mereka, tetapi disebabkan orang muda telah mula bosan dengan sikap Pas berikutan konflik di S'gor.

Malam makin larut. Dinihari sudah menjelajah ke ruang alam. Saya masih tekuni karya Lu Hsun ~ A Madman's Diary of Lu Hsun works ~ https://www.marxists.org/archive/lu-xun/1918/04/x01.htm

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

28 Zulkaedah, 1435 | 23 September, 2014

Petang ini minum-minum di Restoran Ganu di Jalan Sarikei dengan Alo dan Arif. Naik pejabat, dapat kitab Pati Rahsia daripada Yus.

"Saya ingat nak binding bagi elok sikit," katanya. "Tapi...saya takut esok mati ka, jadi tak sempat pula nak serah kepada Ali..."

Dia hadiahkan kitab itu dekat saya dengan hati lapang. Syukurlah...

Malam ini, mengarang isu amuk, Akta Hasutan. Ali Abdul Jalil dah ditahan di bawah Akta Hasutan. Selepas Maghrib, Taufek memberitahu, "Anwar pun dah kena di bawah Akta Hasutan..."

Saya kata kepada Alo, "Kita kena buat mesyuarat buat antologi puisi mansuhkan Akta Hasutan..."

Kata Alo kepada saya, "Enta adjust orang, tarikh dan tempat. Ana jaga bab makanan sahaja..."

Ketika mengarang isu pemansuhan akta hasutan, saya simak kisah 'amuk' dalam Mitos Pribumi Malas (S H Alatas). Di sini, terjumpa kata 'hantu belian' yang kununnya mewakili semangat hantu rimau.

Saya teringat ilmu belian dalam perguruan silat seni pusaka gayong. Rupa-rupanya pak andak berkata hal yang sama, iaitu beliau adalah harimau, atau singa. Apa pun, tamatkan Qulhuwallah 70,000 dulu.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

23 Zulkaedah, 1435 | 18 September, 2014

Alo sudah ke benua Ayer Itam, Johor petang ini. Khabarnya tempat itu sukar mendapat capaian internet. Saya ada di KL memerhatikan apa-apa yang tertinggal di sini untuk dijadikan bahan berita.

Sudah ada suara-suara untuk memansuhkan Akta Hasutan. Tetapi, saya tidak tahu, sejauhmanakah muktamar membahaskan hal ini?

Moga-moga akan lahir ketetapan baharu juga mengenainya.


Di Facebook, Arif berkongsikan petua kesihatan dengan menggunakan bawang putih. Seorang ahli Pas telah berkongsikan pandangan itu. Mak Long dari Larut itu, berusia 63 tahun berkata...

Tumbuk 3 ulas bawang putih dan makan. Kemudian, minum bersama air mineral dalam botol kecil yang berisi mineral itu. Lakukannya setiap hari, pada setiap pagi. Insya-Allah selamat.









@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

22 Zulkaedah, 1435 | 17 September, 2014

Makan mee celup di Jalan Raja Uda sebab nak membasahkan tekak yang sedang batuk. Saya percaya, sup panas boleh bunuh kekuman di kerongkong saya itu.

Ketika inilah Arif sms saya. Beliau meminta saya tulis sedikit untuk kolum mahasiswa di dalam Harakah.

"Dalam 3,000 ke 5,000 kb..." katanya. Saya fikir, boleh dimasukkan ulasan sajak saya di Mingguan Malaysia baru-baru ini yang menyokong demo siswa di UM itu. Aksi demonstrasi itu berkaitan urusan pemansuhan Akta Hasutan, 1948.

Petang ini, Dr Ali hantar sms kepada saya darihal cara-cara mahu mewujudkan kumpulan penyelidik di setiap negeri. Katanya, di Pahang dan Negeri Sembilan baru saja bermula perkumpulan seperti ini.

Menonton penipuan Najib Razak yang kununnya mahu memansuhkan Akta Hasutan, 1948.


Hari ini, terjumpa pautan berita berhubung pendirian PBB terhadap Akta Hasutan, 1948 itu. Tajuknya ~ PBB gesa henti tindakan Akta Hasutan. Bagaimana nak beri tekanan...agar imej Najib Razak rosak? Memang imejnya telah lama tercalar. Kehadiran kita cuma hendak memperbanyakkan kerosakan itu.

Naik pejabat, terjerembat dengan abang Din dan anak muda yang bekerja dengan pemaju hartanah di Rafiya. Katanya, sewaan pejabat di Jalan Pahang Barat ini adalah RM4,000 untuk sebulan.

"Syarikat pemaju tidak boleh masuk ke dalam kem tentera," kata anak muda itu. "Jadi, pemaju semua tugaskan kami untuk merancang pengiklanan agar hartanah mereka dapat askar beli melalui kami."

Anak muda yang berasal dari benua Kuala Ketil, Kedah itu turut merungut tentang harga rumah yang sudah melambung tinggi. Kami masih mencari formula untuk membina rumah-rumah mampu milik.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

21 Zulkaedah, 1435 | 16 September, 2014

Di pejabat petang ni berbual-bual dengan Alo banyak hal juga. Tapi yang paling penting adalah minatnya untuk mengetahui puisi saya.

"Enta kirim puisi tu hari apa?" tanya beliau. Kami makan roti naan biasa dengan dua gelas teh o di Bistro. Saya tiada 'mood' bercakap.

Ini kerana saya batuk dan selesema pula; dua hal yang menyulitkan persembangan penggulingan di kala petang. Apa pun persoalan Alo itu saya sambut jua. Saya buka Galaxy Tab, lalu menyemak kembali e-mel yang saya hantar dahulu.

"11 September," kata saya setelah melihat tarikh yang terpapar di skrin. Dia terkejut! Sebenarnya, dia tak sendirian dalam kejutan. Kejutan itu malah ikut dirasai saya sendiri. Malah Arif dan Rayusa juga.

Sesungguhnya ini kejutan kali kedua selepas kejutan kali pertama (selepas menang tempat kedua bagi puisi Balada Burhan di Kota Raya) pada tahun 2007 dalam acara sayembara anjuran DBP.

"Bagaimana Utusan boleh siar puisi mengenai Akta Hasutan?" mungkin itu antara sederet pertanyan yang timbul di permukaan hatinya. Tetapi pertanyaan itu bukan milik dia seorang. Malah saya sendiri kurang mengerti. Malah Arif juga, malah Rayusa juga bersama teman-teman yang lain.


Apapun saya bercerita mengenai editor baharunya yang mengirim emel kepada saya tanggal 15 Sept., sehari selepas tersiarnya sajak itu. Hafizahril namanya. Lalu di dalam emelnya dicatat ayat di bawah.

"As salam sdr Ali, puisi ini telah disiarkan pada Ahad semalam atas arahan Encik Ku Seman. Terima kasih," kata beliau. Kiriman emel itu diterima pada 15 Sept., jam 10:50 pagi. Saya kirim puisi itu jam 5:53 pagi, tanggal 11 September. Terus tersiar tiga hari kemudiannya; 14 September. Ya, agak cepat!

Jadi atas sebab cepatnya puisi ini tersiar, maka ia mengundang rasa hairan ramai orang termasuk saya sendiri. Kami tertanya-tanya juga tentang persoalan ini, "Apa yang ada di dalam fikiran KSKH itu?"

"Agaknya dia pun bantah Akta Hasutan ni?" Alo menduga. "Jadi, kita ada perjuangan bersama la..."

"Boleh jadi juga la..." saya menyokong dugaan dan andaian itu. Ini proses untuk kita mula mengenali hati budi seseorang di lapangan pekerjaan yang lain walaupun kita ada perbezaan anutan politiknya.

Berikut adalah salinan puisi tersebut yang membantah Akta Hasutan berkenaan. Saya menulis dalam satu malam dengan proses gilapan, usaha pemilihan diksi dan rombakan kata yang tak terlalu serius.

BIADAP YANG PALING BERADAB

Seorang pelajar tegar di Sudut Pidato
suaranya keras didakap sapaan angin kota
gurunya cuba dibungkam diam oleh akta rimba
lalu hari ini mereka bangkit tampil membela. 

"Pekerjaan suci kita merentas benua
tanpa sempadan dan tanpa batasan apa
kerana yang digulingkan adalah kezaliman
dan yang ingin kita cabar adalah keangkuhan
yang bertujuan menegakkan tiang kebatilan.

"Seluruh bilik kuliah di seluruh universiti
sepatutnya dipulau semuanya buat sementara
bagi mengajar munafik di kota selatan sana."

Satu kata yang acap diucap ditohmah biadap 
dan ke atasnya, British cuba warnakan gelap 
sejak sembilan tahun sebelum merdeka 1957
~ HASUT!

Namun kini, jutaan revolusioner diresapi yakin diri
apabila kekeruhan ungkapan itu tiba-tiba jadi jernih
sebab yang diperangi adalah pembodohan yang tiada noktahnya.

Sungguhlah menghasut itu kerja keabadian
bagi orang muda yang mengenal kemanusiaan
bagi seribu jasad mereka yang sering kering 
kerana jiwa gersang tandus dahagakan kebebasan!

H FANSURI
Kg. Bharu, Kuala Lumpur. 

Bualan tamat. Senaskhah majalah Time milik Alo terbaru itu saya baca. Ada rencana berjudul, "Sister of the Revolution, Ikram Ben Said helps Tunisian women find their voices."

Antara pautan lain yang turut menarik minat dan perhatian saya adalah pautan di bawah ini.

http://content.time.com/time/covers/0,16641,20140203,00.html

http://time.com/3379004/kerry-isis-saudi/

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

20 Zulkaedah, 1435 | 15 September, 2014

Akhirnya, saya temui pidato arwah Ustaz Fadhil Noor mengenai hal larangan Sufyan ath-Thawry ke atas seorang penjahit yang menjahit jubah gabenor yang zalim; Hajjaj bin Yusof as-Saqafi.

Ada laporan mengenai kedai dobi di Lembah Sireh yang kununnya mencuci baju seragam 300 tentera penceroboh Amerika Syarikat.

Maka kalau menjahit jubah penzalim Hajjaj Yusuf as-Saqafi itu pun dituduh Sufyan ath-Thawry sebagai langkah penzalim lalu mencuci pakaian seragam tentera Amerika Syarikat itu pun sudah tentu boleh dianggap sebagai langkah yang zalim jua adanya.


Saya terjumpa kipas duduk terpakai di pejabat. Rerupanya, ia milik abang Din -- seorang pengawal di sini. Alhamdulillah, akhirnya abang Din izinkan saya mengambilnya untuk diletakkan di SPKB.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

15 Zulkaedah, 1435 | 10 September, 2014

Naik pejabat, di Bistro, berbual-bual darihal acara anjuran PasMa semalam. Saya terlihat sebuah masjid lama yang mungkin bolehlah digerakkan oleh para penggerak di seluruh negara.

Petang ini, ada majlis sambutan ulangtahun kelahiran Pak Shukor Haron. Saya menjolok beliau dengan pertanyaan yang terpendam.

"Bolehkah Pak Shukor ceritakan bagaimana P Ramlee berdemo?"

Tapi Pak Shukor tidak banyak menjawab akan hal demonstrasi anjuran kesatuan sekerja Jalan Ampas itu di bawah kepemimpinan P Ramlee termasuk rakan-rakannya.



Bagaimanapun beliau bercerita jua darihal pengalamannya bekerja di bawah P Ramlee dalam majalah Gelanggang Filem. Saya rasa senang hati. Akhirnya, saya dah jumpa mantan wartawan majalah itu.

"Adakah saya boleh teruskan kajian master saya mengenai hal ini?" getus hati ini pada zaman-zaman penggulingan. Sebut mengenai kajian, maka saya teringat Rosmah Mansor. Hari ini, dia bikin onar! 

Laporan Bernama adalah dirujuk seperti di bawah ini...

Lebih banyak kajian harus dijalankan oleh profesional industri media, pakar pendidikan dan pembuat dasar untuk memperkenalkan dasar dan garis panduan lebih baik serta hala tuju perlindungan kandungan media bagi kanak-kanak di seluruh dunia, kata Datin Seri Rosmah Mansor.


Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_2

Isteri Perdana Menteri berkata kajian itu harus meliputi pelbagai aspek media termasuk mereka program berdasarkan tahap perkembangan dan umur serta kaedah pembelajaran berbeza bagi setiap kanak-kanak selain menyekat kandungan yang keterlaluan bagi melindungi minda mereka yang masih muda apabila mereka melayari internet.

"Mereka bukan hanya perlu meningkatkan pengetahuan kanak-kanak, tetapi juga harus memberi tunjuk ajar bernilai tentang kehidupan dalam masyarakat yang akan membentuk kepercayaan, sikap dan tingkah laku terhadap kekuatan dalam kepelbagaian.    

"Mereka juga boleh memainkan peranan positif dalam pembinaan bangsa dengan menerapkan kesatuan sosial dan menyatukan keharmonian kaum," kata Rosmah dalam ucaptama pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Media Bagi Kanak-Kanak (WSMC) 2014, di Kuala Lumpur hari ini.



Beliau menambah pendidik termasuk ibu bapa perlu menguasai kemahiran menggunakan media sebagai alat mengajar untuk memupuk reflektif dan pemikiran kritikal serta menggalakkan rasa ingin tahu.

Selain itu, Rosmah berkata mereka perlu mengawal tabiat anak-anak ketika menonton televisyen, permainan video dan penggunaan internet dengan menonton bersama-sama mereka dan membimbing mereka membezakan mana yang betul dan salah.



"Ia adalah kenyataan, gaya hidup kita hari ini tidak dapat lari daripada media. Kita semua bergantung kepada maklumat dan komunikasi untuk meneruskan kehidupan kita melalui aktiviti seharian.

Kesan media ini terhadap kanak-kanak apabila mereka membesar akan mencorakkan tabiat sosialisasi, pembelajaran dan kesihatan mereka," kata Rosmah.

- Bernama


Malam ini...terjerembat iklan GST dan paparan mengenai kebaikannya. Saya lihat... bertambah parah, saat segala kejahatan dilagu-lagukan guna memancing kepercayaan sekali gus memukat undi rakyat!

Ia sesungguhnya sangat memualkan!

http://www.kinitv.com/video/10425O74

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

14 Zulkaedah, 1435 | 9 September, 2014

Abah kirim catatannya di Facebook, "Baru tiba d amsterdam dgn menaikki bas dari brussels. Prjlnn 4 jam. Amsterdam cantik n warganya brcmpur2 bangsa spt rojak. 

"Msia barangkali begini agaknya mnjelang 2020 dgn kebanjiran pati tanpa dikawal. Lihat buku tulisan saya 'Memoir Hasrat Menyala' yg bleh dibli di kdai buku 1msia atau psan trus melalui saya 0194791200 dgn hrga rm30. Pos prcuma...

Sepatutnya, saya dah bayar duit sewa bilik. Tapi terlupa. Sampai hari ini, tuan rumah kirim sms untuk ingatkan. Malam ini, ada acara PasMa di KLSCAH. Arif ajak. Tetapi saya sibuk mengejar 'deadline'. 

Bahaya Ancaman Syi'ah oleh Syeikh Fuad

Menemui satu klip video darihal bahaya Syiah yang disampaikan oleh Syeikh Fuad. Huraiannya agak menarik. Saya akan membuat kajian lanjut mengenainya selepas ini.

Sembang-sembang di Fb dengan Kak Ekin. Saya suarakan hasrat saya; ingin mencari Imam Mahdi di benua Mekah. Kalau boleh, saya ingin telusuri jejak langkah macam pelakon Haji Backpacker itu. 

"Tak perlu dicari Imam Mahdi itu," balas beliau. "Hanya perlu sedia sahaja, menjadi tenteranya." 

Apa pun, dalam ruang yang agak terbatas, saya fikir, beliau tidak sempat hendak berkongsikan nama-nama habaib yang boleh bercerita mengenai kedatangan sang Imam Mahdi itu. 



Musim ini menyaksikan pergolakan demi pergolakan di dalam fikiran. Dalam kalangan kita, telah ada yang dituduh sebagai penderhaka oleh Umno yang mengaku sebagai pemegang panji-panji hitam itu. 

Panji-Panji Hitam Umno Apco yang mengaku sebagai penyokong Imam Mahdi sudah pun menggelar kami sebagai penderhaka. Namun, kami, Ganas (Gerakan Anti Najib Razak Se-Malaya) menjawab... 

"Sanya penderhakaan pada tahap tertinggi, adalah ketika Umno memerintah, tapi perintah Umno itu terlaksana ke atas rakyat di negeri ini, di atas nama (kununnya) raja itulah yang sedang bertitah..." 

Badai Ogos

Posted by nota untuk Syiah on Tuesday, August 19, 2014 , under | comments (0)




25 Syawal, 1435 | 21 Ogos, 2014
Tiada berpuasa pada hari ini kerana menghadiri jamuan aidil fitri, rumah terbuka ITBM Wangsa Maju. Banyak juga jumpa rakan-rakan penyair.

Tak dapat dielakkan jua pertanyaan-pertanyaan nakal mengenai politik. Ia tidak hadir kerana orang-orang seperti saya yang memulakannya. Ruh UG yang hadir mengalir di jiwa penyair, kerap cari pasal dengan kami.

"Depa tanya Shuk..., Prabowo dan Jokowi dah selesai di Indonesia, tapi PKR masih belum selesai lagi," demikian Arwai beritahu saya antara rakaman bualan penyair UG itu.

Saya fikir, mereka salah tafsir. Di Indonesia, Prabowo malah membawa kes kekalahannya itu di mahkamah untuk dibicarakan semula. Jadi, masa bila pula masalah Pemilu di Indonesia itu dianggap selesai?

Apa pun, saya beritahu Arwai sanya para penyair UG itu sebenarnya tidak memahami sejarah-sejarah politik silam dan mereka sudah terlanjur membuat penghakiman ke atas orang berdasarkan sangkaan-sangkaan.

"Kalau depa tahu sejarah, mereka sedar bahawa pertikaian Umno 1986 itu membawa pengharaman Umno. Ini jauh lebih teruk berbanding PKR lantaran Umno diharamkan dan lahirnya Semangat 46," kata saya kepada Arwai.

Dan...ketika Dr Mahathir menjadi Presiden Umno sejak 1981 hingga krisis 1986 itu, tempoh beliau menjadi presiden parti berkenaan cuma 5 tahun sahaja. Makanya, kenyataan para penyair UG yang seperti berikut...

"...Umno perlu masa yang lama untuk jadi rosak, tapi PKR hanya perlu masa yang sebentar saja..."

... untuk saya adalah kenyataan yang terzahir daripada akal dangkal dan rumusan cetek dan kesimpulan yang tiada berjejak kepada realiti dan beberapa hakikat kenyataan sejarah politik tanah air.


Malam di Wangsa Maju. Di rumah Masyi, bawa nasi Arab Kak Siti. Malam ni berbual dengan keluarga. Hal pengawal keselamatan yang sangat ketat kawalannya di rumah Syi itu menjadi tajuk utama bualan kami.

Abah akhirnya merumuskan ~ sebab itu kerajaan kita dan malah Singapura telah mengguna tenaga Nepal ini, sebab mereka ini setia (bercampur tidak pandai berfikir) kepada orang-orang yang mengupah mereka itu.

"Masa nak lawan komunis di hutan dahulu, British guna tentera Gurkha sebab depa ni patuh arahan British," kata abah. Saya balik ke pejabat, tamatkan catatan bahan sastera untuk 'deadline'.

Malam ini, layan Beauty and The Beast. Tapi, ia tak ditayang di TV2 sebab esok Hari Perkabungan Negara. Semua hiburan lagha tidak ditayangkan. Mungkin lusa bermula hari lagha semula. Inilah Islam acuan Umno!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

23 Syawal, 1435 | 19 Ogos, 2014
Puasa Syawal masuk hari kedua. Malam ini, ke rumah Alo kerana Pemuda Pas Lembah Pantai sudah datang untuk saling bermuzakarah dan bertukar-tukar pendapat dengan Alo. 

Antara catatan kasar yang tertuang di dalam bualan itu adalah persoalan isu-isu di benua Selangor jua adanya. Ada dua antara mereka yang saya kenal sejak mereka masih berkuliah di UM dahulu. 

"Kita kena ada kekuatan bagi menjawab segala persoalan hari ini," katanya kepada para pemuda itu. Apa pun, menurut telahan awal saya, mereka hadir bagi menyemak pandangan Alo berhubung isu Selangor. 

Alo bagaimanapun berterus-terang sahaja bahawa, apa yang dinamakan sebagai 'pembersihan' itu tetap ada, termasuklah usaha-usaha 'pembersihan' melibatkan ketua pengarang akhbar itu sendiri. 

Nampaknya, di mana-mana pun, ada sahaja usaha-usaha untuk menyamakan pandangan pemerintah dengan pandangan akhbar. Segala pendirian akhbar yang dikatakan tidak senada, tidak selari dengan suara pimpinan parti, maka ia tertolak. Segala bentuk perlawanan ke atas pendirian pimpinan disifatkan sebagai tiada wala'. 

Silent Hill 2006 Full Movie

Di Ampang, ada sebuah restoran milik orang Pattani. Seorang gadis pelayan di restoran berkenaan memang lawa. Pulang daripada rumah Alo, saya terus ke pejabat. Malam ini, menemui iklan filem Hereafter dan Silent Hill. Namun, cuma Silent Hill yang ada 'full movie' di laman youtube. Jadi, saya 'tadarus' filem ini saja dahulu. 

Di pejabat saya jumpa risalah kecil mengenai seruan dan kempen Hizbut Tahrir yang menolak Mrs Universe daripada diadakan di Malaya. Walau saya berbeza pendapat dengan mereka, tapi dalam hal perlawanan ini, maka saya akan bersama-sama dengan mereka. Setidak-tidaknya daripada segi semangat perlawanan itu! 

Gegaran Julai!

Posted by nota untuk Syiah on Tuesday, July 15, 2014 , under | comments (0)



18 Ramadan, 1435 | 16 Julai, 2014

Arif dan Alo ke Tawau pagi ini. Saya cuma menempuh hari-hari yang biasa saja. Petangnya, ambil bubur lambuk dan kemudian berterusan ke pejabat.

Hanya, kali ini Noden beri pelepasan naik ke pejabat. Saya terejerembat dengan dia ketika dia mahu ke Saba untuk iftar. Ini sudah kali kedua dia iftar di sana.

Malam ini, selepas iftar di pejabat, Haris ajak saya pekena roti di Saba. Isu yang berbangkit adalah Syiah, Liberal dan isu membabitkan laporan akhbar kami.

"Ada dua orang staf baru masuk," kata saya dekat Haris. Saya sempat berbual dengan kerani baharu itu. Depa rupa-rupanya kena temu bual kaum gelandangan di benua Chow Kitt untuk English Section.

Haris dah masuk keanggotaan WhatsApp Geng Harakah, selepas saya minta TMJ jemput beliau. Semuanya boleh ikut bertempur dalam isu melibatkan bonus-bonus Harakah yang tertunggak.

Rasa kasihan. Adakah gaji-gaji untuk bayar dua staf baru tu yang menyebabkan mereka tidak dapat bonus?

Malam, dapat pesan Arif di Tawau, "Gerak aku dan Alo jam 3 pagi waktu Semenanjung. Nak sahur."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

17 Ramadan, 1435 | 15 Julai, 2014

Malam ini, menonton Sang Kiai. Ada pertuduhan, bahawa Masyumi dilihat sudah mula berpihak kepada kerajaan Jepang (Jepun). 

Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis diminta oleh Jepun untuk diperbanyakkan dan dikhutbahkan di mimbar-mimbar masjid selepas Jumaat. 

Demikian juga halnya dengan kedudukan akhbar-akhbar. Wartawan-wartawan di Indonesia sudah diminta agar membawa bunyi propaganda Jepun yang sama. 


Saya juga sedang menyemak hal-hal perbezaan antara Masyumi dan Shumubu. Saya sedang melihat kalau-kalau idea Putera (Pusat Tenaga Rakyat) itu terkait dengan rancangan penjajahan Jepun di Indonesia jua. 

"Pada bulan Maret 1943, Jepang membentuk PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat). Badan ini berada di bawah pengawasan ketat pihak Jepang, tetapi empat orang Indonesia yang terkemuka diangkat sebagai ketuanya, yaitu Soekarno, Mohammad Hatta, Ki Hadjar Dewantara, dan Kiai Haji Mas Mansur, ketua Muhammadiyah dari masa sebelum Jepang. Dengan masuknya Kiai Haji Mas Mansur dalam PUTERA, maka salah satu pemimpin Islam berhasil menduduki kepemimpinan organisasi nasionalis..."

Kota Surabaya telah digempur oleh tentera revolusi di mana sebelumnya, kota itu ditadbir di bawah seorang pegawai tentera Inggeris; Aubertin Mallaby yang menemui ajalnya tanggal 1945 di Jembatan Merah

Sejarah seperti muncung senapang yang boleh meletup bila-bila. Mereka yang tidak menelaah sejarah. Maka kelak mereka nanti akan diletupkan oleh sejarah. Kini, zamannya sejarah bermula dengan perlawanan rakyat ke atas Yahudi Apco di benua Malaya. 

Tetapi, Umno yang bebal kini mengheret pikiran rakyat agar melihat Yahudi itu ada di benua Palestina walhal Dr M pernah berkata bahawa Yahudi memerintah dunia dengan proksinya yang hadir di mana-mana sahaja!  

Lambaian Jun

Posted by nota untuk Syiah on Monday, June 02, 2014 , under | comments (0)




21 Syaaban, 1435 | 19 Jun, 2014

Sudah dapat no hp Sharin untuk beli kereta pejabat nanti. Malam ni saya ke Auditorium DBP kerana menonton pementasan teater Sandera.

Berjumpa Ibu Lila of Ai Ti Bi Em. Lalu beliau menjelaskan kedudukan di Ai Ti Bi Em itu. Katanya, memang ada satu tempat khas untuk penulis.

"Memang kita sediakan tempat agar penulis menulis di sana," kata Ibu Lila sebelum pementasan teater itu bermula. Selepas tamat pementasan teater, saya pun bertanya lagi.

Jawapannya tetap sama. Iaitu ITBM ada satu bilik khas untuk penulis menulis. Jadi...jikalau khabar ini benar, saya mungkin ada harapan untuk mengarang di sana tanpa sebarang gangguan lagi.

Di dalam dewan auditorium tadi, Sani Sudin menggesek ukulele sambil menyanyikan satu lagu. Entah lagunya apa? Tetiba, seorang wanita ikut sama menyanyikan lagu yang didendangkan ahli kumpulan Kopratasa itu.

"..terkejut aku tiba-tiba.." katanya mengikut rentak lagu itu. Saya beralih ke kiri memandang ke arah suara itu. Dalam suram kelam, samar-samar, saya lihat kelibat Ibu Siti. Rupa-rupanya, beliau yang bernyanyi kecil.

Balik pejabat, saya menyemak sedikit mengenai lirik dan lagu itu. Inilah lagunya, 'Sepasang Mata Bola.'

Keroncong Sepasang Mata Bola - Sundari Soekotjo

Hampir malam di Jogya
Ketika keretaku tiba
Remang remang cuaca
Terkejut aku tiba tiba

Dua mata memandang
Seakan akan dia berkata
Lindungi aku pahlawan
Dari pada sang angkara murka

Sepasang mata bola
Dari balik jendela
Datang dari Jakarta
Menuju medan perwira

Kagumku melihatnya
Sinar sang perwira rela
Hati telah terpikat
Semoga kita kelak berjumpa pula

Sepasang mata bola
Seolah-olah berkata
Pergilah pahlawanku
Jangan bimbang ragu
Bersama do'aku... 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

13 Syaaban, 1435 | 11 Jun, 2014

Zalila of ITBM mula membangun peringatan lagi tentang buku puisi saya yang mesti diperbaiki satu perenggan di dalamnya. Kesibukan revolusi ini membuat saya sedikit terabai dengan penerbitan buku antologi puisi itu.

"Assalamualaikum Ali. Bagaimana ya dengan perenggan yang saya minta lihat tu? Dah selesai?" bertanya beliau.

Pertanyaan itu tak berjawab. Saya pun lebih kurang macam menteri-menteri Umno, BN juga yang tiada apa-apa komen. Apa pun, saya berazam jua untuk selesaikan perenggan yang dianggap 'bermasalah' itu.

Malam ini selesaikan bahan sastera. Dan terjumpa lagu Berpedati dan Intan. Juga jumpa lagu Timang-Timang Anak. Agak menarik pabila mendengar lagu-lagu lama ini malam-malam!

Berpedati

P Ramlee - Timang-Timang Anak

http://www.youtube.com/watch?v=kxJQ73fr6dI ~ (Intan)

Godek-godek google, jumpa The Wolf of Wall Street di Putlocker. Juga...saya temui filem Wall Street, Money Never Sleep di Megashare. Kedua-dua filem ini boleh diguna untuk menggulingkan kapitalis!

Tetapi, tak lama selepas itu saya baharu menyedari bahawa The Wolf of Wall Street itu tiada dapat ditonton! Urgh! Urgh! Urgh!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

11 Syaaban, 1435 | 9 Jun, 2014

Ustaz Kamaruddin menemu bual seorang Baba di Wakaf Anak Ayam di Menara (Narathiwat). Di dalam temu bual itu ditemui fikiran menarik.

Iaitu kemungkinan pembukaan Constantinople oleh Turki itu juga dibantu oleh bangsa Melayu seperti mana Melayu turut membuka Andalusia.

Itulah yang membuatkan hadir nama kota pelabuhan Malaga (Melaka) di Sepanyol sehinggalah hari ini. Jadi, Melayu itu dimusuhi dan dicemburui Barat tanpa Melayu menyedarinya.

https://www.facebook.com/photo.php?v=292496130931516&set=vb.262824147232048&type=2&theater

Batuk-batuk keras pada hari ini masih belum pulih. Saya tidak tahu, apakah ia akan berlanjutan hingga bulan Ramadhan. Teruk juga kerana saya tidak boleh minum air jika terbatuk-batuk dengan teruk nanti.

Tadi petang, masuk cek dan kemudian jolok RM100. Esok...harapnya saya akan dapat tebus Hayakal Nuur oleh Suhrawardi di kedai buku Kinokuniya, di Suria KLCC. Ia berharga RM67 lebih kurang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

7 Syaaban, 1435 | 5 Jun, 2014

Saya cuba menjawab persoalan Kak Wan tentang isu coklat Cadbury...

"Wallahu 'alam. Di pihak Ganas (Gerakan Anti Najib Razak Se-Malaya), sejauh yang Ganas berguru, berkiblat kepada aliran mazhab Attasian, maka, 'fatwa' dan fahaman Ganas adalah seperti berikut:-

1. Bahawa dalam penciptaan babi, ada pertahapan dan peringkatnya; sperma, DNA, nukleus, kromosom serta lain-lainnya seperti manusia dan haiwan-haiwan lain juga. 

2. Antara yang dibahaskan ulama', adakah TULANG babi haram kerana yang jelas disebut dalam al-Quran itu adalah, 'lahmaal khinzir' (DAGING babi). Memang pernah terjadi perdebatan demikian. 

3. Adakah sperma babi, kromosom babi, DNA babi, telah pun mencapai martabat kesempurnaan dan tahap penciptaan DAGING babi itu? Maka, jawapan ke atas hal ini yang penting diperhalusi lagi. 

4. Kedudukan arak yang haram itu, adakah kerana ia berunsur alkohol (hydroxyl functional group (-OH))? Unsur alkohol (-OH) juga ada dalam semburan minyak wangi. 

Jadi, adakah unsur alkohol (-OH) yang bawa hukum haram atau pun air ARAK itu (yang memabukkan peminumnya) yang haram?

Lalu jawapannya, ARAK itu sendiri adalah haram, dan kedudukan unsur alkohol (-OH) dalam arak itu tidak membuatkan setiap cecair beralkohol (semburan minyak wangi misalnya) dinamakan arak. 

Jadi, semburan minyak wango beralkohol yang ada unsur alkohol (-OH) di dalam cecair itu tak membawa masalah apa-apa kepada pengguna. 

5. Kedudukan 'unsur alkohol' (-OH) pada arak adalah bagai kedudukan sperma, mani, DNA, kromosom makhluk yang boleh diibaratkan unsur-unsur seni tadi. DNA membawa maklumat penciptaan makhluk lain ---- manusia, babi, unta dan sebagai. DNA masih belum mencapai tahap, dan peringkat daging; sama ada daging manusia, babi, dan haiwan. 

6. Air mani sendiri hukumnya adalah suci. Darah kita juga suci di dalam tubuh badan dan hanya dihukum najis bila darah berada di luar badan. 

Pemakanan apa-apa yang dianggap haram sebelum ini, tidaklah perlu disamak dengan meminum air tanah dan bilasan 6 air mutlak dengan jalan meminumnya setelah memakan coklat itu. 

7. Sila abaikan penerangan Ganas ini jika kaum revolusioner menemui jawapan yang lebih kukuh. Bersatu ke arah pembangunan ilmu menuju ke arah medan penggulingan pada tahun 2017!" 

~ Rujukan: Sekolah Pemikiran Kampung Baru | Kampung Baru School of Thought

~ Makanan revolusi ketika mengguling Najib Razak pada tahun 2017

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4 Syaaban, 1435 | 2 Jun, 2014

Demam. Malam ini, menyemak perangai Najib Razak... 

Najib Razak mungkin menyukai beruang panda kerana gebunya. Saya fikir, dia suka panda gebu kerana kucing Parsi beliau pun gebu juga. 

Saya sudah nampak rumah Najib Razak di Seri Perdana. Tetapi, masih juga perlu dikaji lebih teliti mengenai lokasi-lokasi yang lebih strategik!

Najib Razak telah mengakui bahawa Seri Perdana adalah milik rakyat. Jadi, rakyat boleh berkampung di Sri Perdana menjelang revolusi thawrah pada tahun 2017 nanti!


Revolusi Mei, 2014

Posted by nota untuk Syiah on Thursday, May 01, 2014 , under | comments (0)




26 Rejab, 1435 | 26 Mei, 2014

Petang. Naik Gunung Jerai. Ada van sewa swasta dengan RM60 sahaja sewaannya. Hujan petang dan sebelah malamnya hujan bertalu-talu. 

BBQ malam ini sempena hari lahir emak esok. Dan pagi tadi, mereka ke Kubang Rotan untuk beli makanan-makanan laut. 

"Dalam 2, 3 ringgit ja ketuka ni," kata abah, "siap disiang sekali."

ZOOLANDER

Malam ini Off The Map (TV2) telah disebutkan nama Kuala Lumpur. Ketika saya maklumkan hal ini kepada Imran, maka dia berkata, PM Malaysia juga pernah ditonjolkan dalam sebuah filem komedi; Zoolander. 

"Dalam filem tu, PM Malaysia bukanlah Melayu tapi Cina," kata adik saya lagi. Lepas Ibrahim Pendek, ertinya tiada lagi Melayu Malaysia yang menempah namanya dalam filem-filem Inggeris di Hollywood.  

Kemudiannya di TV1 ada dokumentari Kembara Bumi Suci. Saya cari maklumat di internet. Katanya, ada 6 negara yang depa jelajahi hingga kini. Saya keliru, adakah depa bermotor sejauh 15,000km atau 50,000km? Hal ini kerana, ketua kumpulan konvoi itu menyebut dalam bahasa Inggeris ~ "fifteen atau fifty?"

"Untuk umrah melewati jalan darat ini, kami telah lewati Thailand, Laos, China, Kazakhstan, Rusia, Azerbaijan," kata ketua kumpulan itu lagi. Nampaknya, saya kena ada peta bagi enam buah negara ini. 

Kebetulannya malam ni encik Abbas di Kedutaan Azerbaijan sudah menghubungi saya. Saya fikir, hal ini ada kaitannya dengan jemputan Pauline sebelum ni agar saya menghadiri jamuan makan malam di kedutaan itu. 

Ia bersempena majlis Hari Kemerdekaan Azerbaijan. Apakah saya boleh manfaatkan kedutaan ini bagi misi-misi penggulingan Yahudi Mekah? 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

19 Rejab, 1435 | 19 Mei, 2014

Malam ini, menukang bahan sastera mengenai persamaan antara Tawfiq al-Hakim dengan John Lennon. Saya petik beberapa kenyataan Lennon.

"My role in society, or any artist's or poet's role, is to try and express what we all feel. Not to tell people how to feel. Not as a preacher, not as a leader, but as a reflection of us all," John Lennon.

"I'm not afraid of death because I don't believe in it. It's just getting out of one car, and into another," John Lennon.

Malam ini, saya terjumpa lagu Stand By Me (John Lennon) dalam filem In His Life (The John Lennon Story) Legendado. Saya pernah dengar lagu ini. Tapi, tidak pernah menyangka bahawa beliau adalah penyanyinya.

John Lennon stand by me

John Lennon stand by me

In His Life (The John Lennon Story) Legendado

Saya terjerembat dengan lagu Stand By Me di hujung filem biografi mengenai John Lennon ini.

THE BEATLES - Strawberry Fields Forever

Queenie Eye

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

18 Rejab, 1435 | 18 Mei, 2014

Ke Casis UTM belajar ilmu aqidah menerusi kitab Al-Iktisad Fil Iktiqad. Berhenti di halaman 101. Kuliah kali ini dipindahkan ke bilik al-Ghazali.

Pada kebiasaannya kuliah ini dibuat di bilik asy-Syafie. Petang ini...bagai ada sedikit keganjilan. Kuliah dihadiri agak ramai orang. Entah kenapa?

Dan... ramai pula muka-muka, wajah baharu hadir. Entah daripada mana mereka mendapat tahu mengenai hal ini, saya tidak pula pasti.

Tamat kuliah, saya terus ke Restoran Hasilath di Persiaran Gurney. Menyemak secara lebih rinci filem di Fox Movies ~ Twilight Saga: Breakdawn Part 2, Maximum Conviction dan Bullet to the Head.

Dalam Maximum Conviction, berkenalan dengan Aliyah O'Brien yang memegang watak sebagai Charlotte. Rupa-rupanya, Aliyah pernah berlakon di dalam Rookie Blue dengan memegang watak sebagai lesbian.

Sementara itu, dalam Bullet to the Head, berkenalan pula dengan Sarah Shahi. Beliau berketurunan Parsi dan berkebetulan pula beliau ini berketurunan Dinasti Qajar yang pernah memerintah Iran sejak abad ke-18!

http://putlocker.bz/watch-all-the-presidents-men-online-free-putlocker.html

http://putlocker.bz/watch-bullet-to-the-head-online-free-putlocker.html

Malam ini baru terjumpa All The President's Men di laman sesawang PutLocker. Bolehlah buat kajian lanjut mengenainya pada era, zaman penggulingan Najib Razak di benua Putrajaya selepas ini, insya-Allah Ta'ala!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

15 Rejab, 1435 | 15 Mei, 2014

Petang ini, pergi Kino, membedah buku-buku lagi. Saya order Hayakal Nur di sana. Kata petugas di sana...

"Kena tunggu dalam masa sebulan. Harganya sudah RM67 kerana kita terpaksa ikut perkembangan currency setiap hari." 

Hari malang. Penuh ujian. Saya kemalangan di selekoh jalan ke Hospital Tawakal lama tatkala hendak menuju ke Bistro. Seorang brader melanggar saya secara tidak sengaja.

Kami sama-sama tidak nampak. Memang tiada kecederaan yang parah terjadi antara saya dan dia. Pemuda itu tinggal di Wangsa Maju. Nampaknya, duit melayang lagi ya Allah. Dugaan apa ini ya Tuhanku?

Malam ini... menerima jemputan Hari Kebangsaan Azerbaijan di Kedutaan Azerbaijan pada 28 Mei. Pauline Fan mengirimkan jemputan itu kepada saya. Yang menarik, di atas kad jemputan itu dicatatkan...

"Mr. Ali Bukhari bin Amir and SPOUSE..." 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1 Rejab, 1435 | 1 Mei, 2014

Hari ini...ada demonstrasi untuk bantah GST-TPPA. Belum ada petanda bahawa masyarakat mahu membuat HARTAL. Apa pun, saya lihat, satu pendekatan lain perlu dilaksanakan untuk guling Najib Razak. 

Iaitulah kita perlu semak senarai syarikat perusahaan yang terkait dengan Umno dan BN. Tiba masanya untuk kita pulaukan barangan Umno kini. 

Yuna ~ Bulan Ditutup Awan

Hari ini berkenal dengan Yuna dan Rokiah Wanda. Ada sebuah lagu menarik, nyanyian Rokiah Wanda yang berjudul Bulan Ditutup Awan. Ia berkaitan dengan janji. Selain itu, ia juga menawarkan lagu yang merdu! 

Rokiah Wanda - Bulan Di Tutup Awan

Ketika menukang bahan sastera malam ini, saya terjumpa Go Down Moses (Louis Armstrong) apabila saya ingin cari ayat al-Quran mengenai seruan Musa a.s ke atas Firaun yang melibatkan pembebasan Bani Israel. 

"...bebaskan kaumku..." berkata Musa a.s dalam al-A'raaf, ayat 104-105. Nampaknya, ayat ini masih ada di dalam Bible dan sepertinya ia masih belum diubah oleh para pendeta Yahudi pada zaman yang silam itu. 

Louis Armstrong-Go Down Moses

Go down, Moses, way down in Egypt land
Tell old Pharaoh
To let my people go.

Now when Israel was in Egypt land
(Let my people go)
Oppressed so hard they could not stand
(Let my people go) 

So the Lord said:
Go down, Moses
way down in Egypt land
Tell old Pharaoh
To let my people go.

So Moses went to Egypt land
(Let my people go)
He made old Pharaoh understand
(Let my people go)

Yes the Lord said:
Go down, Moses
way down in Egypt land
Tell old Pharaoh
To let my people go.

Thus spoke the Lord, bold Moses said,
(Let my people go)
If not I'll smite your firstborn dead
(Let my people go)

'Cause the Lord said:
Go down Moses 
Way down in Egypt land
Tell old Pharaoh
To let my people go

Tell old Pharaoh to let my people go